Pemuda Viral Boleh Bercakap Dengan Kucing

PERNAH VIRAL, PEMUDA MAMPU BERCAKAP DENGAN KUCING TAMPIL BERKONGSI CERITA..

Niat jagakan kucing orang kerana teringin nak pegang macam-macam jenis kucing, tapi tak sangka sebaliknya..



Bekas Juruteknik Projek Am, Hotel Ixora dan bekas Pegawai Pemulihan Kredit, RHB Bank itu meninggalkan kerjayanya demi mengejar minat terhadap haiwan peliharaan iaitu kucing.


Berasal dari Seri Manjung, Perak, pemuda bernama Cat Behaviorist (Cbr.) Meor Fazrul atau lebih dikenali sebagai "Cikgu Meow", meneruskan perjuangan minatnya dengan menjalankan perniagaan sendiri dalam misi melatih dan mendidik kucing-kucing di Malaysia meskipun berlatarbelakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan. Beliau merupakan graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah (PTSB) dan juga pelajar Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti, Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA), tidak menghiraukan mulut masyarakat yang sering mempertikaikan tentang keputusannya untuk meninggalkan kerjaya asalnya yang dikatakan sudah stabil demi mengejar impian untuk menjadi seorang usahawan muda dan pakar tingkah laku kucing.


Pengasas dan pengarah Malaysian Cat School (MYCATS) itu menawarkan modul latihan pendidikan awal dan tingkah laku kepada kucing peliharaan dan juga pemilik kucing itu sendiri yang mana dapat membantu menyelesaikan masalah kucing tertekan dan tingkah laku kucing yang tidak terkawal.


Idea perniagaannya itu mula tercetus dari zaman beliau masih dibangku diploma lagi. Niat awalnya hanya mahu menjaga kucing orang lain demi memenuhi keinginan untuk bermain dengan kucing yang pelbagai baka atau jenis. Namun tidak dijangka apabila seorang pensyarah PTSB yang merupakan pemilik kucing yang dijaganya itu membayarnya wang ringgit yang agak lumayan sebagai tanda penghargaan kerana mendapati bahawa kucing yang telah dijaga beliau mengalami perubahan tingkah laku daripada seekor kucing yang liar pulang menjadi kucing yang manja dan tidak lagi berak merata. Peristiwa ini menyebabkan bakat terpendam yang dimiliki beliau itu menjadi buah mulut orang dan tular dilaman sosial sekitar tahun 2015.






Cikgu Meow merupakan nama yang dipanggil oleh kebanyakan bekas pelajarnya sendiri kerana kepakarannya yang mampu mengajar kucing, berkomunikasi denagn kucing dan mampu mentafsir pelbagai jenis bahasa isyarat yang ditonjolkan oleh kucing.

"Sebenarnya kucing lebih bijak dari kita, cume kita yang tak bijak berinteraksi dengan mereka", kata Cikgu Meow dalam satu temubual Radio Televisyen Malaysia (RTM) Selangor FM baru-baru ini. 
Beliau berkongsikan kisah mengenai tingkahlaku kucing apabila mereka mahu berkomunikasi dengan manusia dan kehidupan disekelilingnya, salah satu cara mudah untuk kenalpasti perkara tersebut adalah memerhatikan pergerakan dibahagian ruangan misai kucing itu, kerana ianya juga memiliki maksudnya yang tersendiri.
"Apabila kita nampak misai mereka mula menghala ke arah kita, berhati-hatilah kerana mereka sedang berada di posisi bersedia untuk memulakan langkah luar jangkaan terhadap diri kita", kata Cikgu Meow bagi menjawab soalan yang diajukan oleh DJ Yuyui ketika di Konti Selangor FM.

Beliau juga dikatakan mampu memahami emosi dan keadaan sesetengah kucing itu dengan hanya melihat kearah matanya dan bercakap dengan mereka. Kepakaran yang dimiliki beliau itu mirip seperti kepakaran yang dimiliki oleh Cat Communicator Sonya Fitzpatrick, Professional Animal Psychic Laura Stinchfield dan Cat Behaviorist Jackson Galaxy. Apa yang membezakan Cikgu Meow dengan nama-nama diatas hanyalah beliau merupakan anak muda Malaysia pertama yang berjaya mencipta nama dalam bidang psikologi kucing dan membanggakan Malaysia sehingga ke pringkat antarabangsa.

Cikgu Meow juga merupakan pemegang sijil profesional "Cat Behavior Consultant" dari International Association of Animal Behavior Consultants, United States (IAABC) yang secara tidak langsung menjadikan beliau sebagai pemegang anugerah pengiktirafan Cat Behaviorist (Cbr.) pertama di Malaysia.

Namun beliau menegaskan bahawa sijil itu hanyalah kertas, gelaran itu hanyalah hadiah, jika seseorang itu betul-betul minat dan sayangkan kucing, tidak perlu tunggu diri memiliki anugerah, cukuplah dengan niat nak tambah ilmu dari orang yang berpengalaman dan amalkan ilmu yang dipelajari untuk kebaikan si comel diluar sana.

#lelakiviralkucing #pemudaviralbercakapdengankucing #cikgumeow #meorfazrul #catbehavioristmeorfazrul #selangorfm #cikgukucing #sekolahkucing #mycats #catschool

Comments

Popular Posts