Bagaimana Cara Mengatasi Batu Karang Kucing?












 Kesihatan Kucing

Cara Mengatasi Penyakit Batu Karang Pada Kucing


















Batu Karang Kucing atau Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD), penyakit maut yang sering menyerang kucing lebih-lebih lagi kucing jantan. Ramai pencinta kucing mungkin tahu hakikat penyakit ini tetapi tidak berapa tahu cara mengatasinya.

AMARAN KERAS! Blog ini bukan untuk orang yang tidak minat kucing, bukan untuk orang yang sudah belagak pandai tentang kucing, dan bukan untuk orang yang mahu kucingnya mati cepat.

Jika anda tiada ciri-ciri diatas, teruskan membaca jika sayangkan kucing anda..

Pernah dengar tak pepatah orang zaman dulu?
"Mencegah itu lebih baik dari merawat"

Ramai yang tahu cakap tapi tak tahu nak buat. Dia tunggu kucing menderita baru nak kelam kabut menyesal nak rawat, masa itu kucing pun dah tak ada harapan nak hidup, duit anda pun perlu dibelanjakan dengan jumlah yang banyak untuk merawatnya. Sedar sedar kucing anda seekor pergi disebabkan penyakit ini.



Bercakap pasal FLUTD, masalah yang menggangu sistem perkumuhan kucing ini, sering mengakibatkan kucing sukar untuk mengosongkan pundi kucingnya atau urethra yang tersumbat (saluran yang menyambung pundi kencing ke saluran pembuangan kencing kucing). Istilah perubatannya ialah Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD).
Jom baca dengan lebih lanjut supaya menambah pengetahuan mengenai penyakit ni.

SIMPTOM-SIMPTOM FLUTD

Mudah sangat nak tahu. Kalau sebelum ini kucing anda sangat bagus dalam menggunakan cat litternya. Tiba-tiba kucing anda mula kencing di tempat yang tak sepatutnya. Ha itu merupakan petanda awal yea kucing anda mengalami penyakit ini. Kucing anda sering menonggek (gaya nak kencing) di merata tempat namun tidak kencing. Ini kerana dia tak boleh kawal dan tak boleh tahan dah bila rasa tak selesa di bahagian alat sulitnya. 
  1. Kerap kencing namun sedikit
  2. Sakit ketika kencing
  3. Kencing berdarah
  4. Kerap menjilat tempat peribadinya
  5. Kencing di luar litter box
TINDAKAN SEWAJARNYA
Segera ambil tindakan bila kucing anda mula berkelakuan begitu, segera bawa jumpa vet.


TETAPI ITU SEMUA BOLEH DIELAK SEBELUM TERJADI, BETUL...?

PUNCA-PUNCA

Kucing yang diberi kibbles yang tidak berkualiti mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang penyakit ini. Seeloknya tiga hari sekali kucing diberikan susu kerana kucing sukar untuk meminum air. Lagi bagus sekiranya kita sediakan makanan yang kita sendiri masak kerana lebih sihat dan berkualiti tetapi pastikan tiada langsung garam, minyak, pengawet dan pewarna dalamnya.
  • Pembentukan batu di dalam urethra
  • Urethra tersumbat
  • Jangkitan pada pundi kencing
  • Kurang minum air
  • Pundi kencing lemah
  • Kecederaan atau tumor di dalam urethra
  • Stress
  • Masalah saraf tunjang
  • Ketidaknormal kongenital

CARA MENGATASI BATU KARANG KUCING (FLUTD)

Mengatasi atau mencegah itu lebih baik dari merawat kan? Jadi apabila dapat kesan awal (tingkahlaku yang dinyatakan kat atas), penyakit ini dapat dielak dengan izin Allah. Namun kalau dah agak teruk perlu segera ke vet kerana dikuatiri boleh membawa maut dalam masa yang sangat drastik.
1. Beri kibbles yang bebas kandungan garam.

ECOVET PET Royal Felinn ni memang produk muslim bumiputra dan formulasi dari Dr. Rahmatullah seorang Doktor Vet dan boleh didapatkan dari seorang Cat Behaviorist terkenal dalam google iaitu Cikgu Meow. (Klik Untuk Tempah)
Banyak produk terkenal yang dijual dengan kandungan garam yang sederhana tetapi produk baru buatan Malaysia ini istimewanya tiada terus garam, memang GARAM SIFAR. Jadi memang kena dengan tagline mencegah itu lebih baik dari merawat.
Disamping selamat dari batu karang ianya juga dijual dengan kandungan Protein yang sangat tinggi iaitu 34% tetapi harga SANGAT MURAH berbanding produk high quality yang lain.

2. Beri kibbles yang khas untuk masalah urinari.

ROYAL CANIN Urinary So ini juga antara yang vet memang REKEMEN beri kibbles yang ini. Tetapi yang ini dah tak kena dengan tagline mencegah itu lebih baik dari merawat kerana kebiasaannya dah kena baru nak jumpa vet.
Produk ini AGAK MAHAL kalau nak berjimat tidak berapa sesuai la dengan produk ini, tapi kalau orang senang boleh la cuba. Biasalah produk RC kan produk import mana nak jumpa yang murah, kecuali dekat shopee, tapi itupun kena HATI-HATI sebab dalam shopee banyak yang copyori yang fake produk yang boleh membawa maut untuk kucing anda lagi 1 hingga 2 tahun akan nampak kesannya.

ROYAL CANIN Urinary Care produk ini pun boleh la dan murah sikit pada yang atas tadi. Tapi yang Urinary So itu lebih berkesan la yang ini kurang sedikit berbanding yang atas.

3. Beri ubat khas untuk masalah urinari.

HEPH TONE ubat ni bagus untuk MELAWASKAN kencing kucing anda. Kadang kita boleh lihat habit kucing kita kurang minum air, dan kita tak boleh paksa dia minum kerap. Itu boleh menyumbang kepada kesukaran melawas makanan dalam perut. Banyak lagi faktor tidak lawas tetapi ini salah satu darinya.
Boleh cuba produk ini JIKA PERLU sebagai nilai tambah untuk anda maintain sistem lawas perutnya.

4. Beri minum cuka epal.
BRAGG Apple Cider Vinegar perlu dicampurkan cuka epal ini di dalam minuman dan makanan kucing anda. Cuka jenis ini BERSIFAT ALKALI, bukan hanya elok untuk kucing bahkan juga elok untuk manusia.
Portionnya ada 1 bahagian cuka bersama 4 bahagian air. Tetapi ada cabaran untuk guna cara ini kerana KUCING TIDAK SUKA BAU SUKA, namun tak mengapa jika kucing anda tidak mahu minum juga, anda boleh spray ke tangan dan kaki kucing anda supaya mereka biasa dengan rasa cuka epal. Kalau susah sangat boleh guna shringe sahaja.
Cume ini pilihan yang jarang orang nak buat la sebab renyah betul dan perlu curi masa kita untuk amalkan pemberikan kepada kucing kita.

5. Beri makan lobak putih.
LOBAK Putih Segar jangan bagi makan macam bagi arnab makan pula. Kisar lobak putih bersama sedikit air. Perah hampas lobak tersebut. Berikan kepada kucing anda air lobak putih tersebut.
Fakta yang anda perlu tahu, kucing memang tak akan minum dengan sendirinya air lobak ni sebab rasanya yang PAHIT. Jadi anda perlu menggunakan shringe atau picagari untuk menyuap kucing anda.

6. Kerap bersihkan litterbox kucing anda supaya kawasan tersebut bebas dari bakteria.



JAGA KEBERSIHAN Kucing anda, amalan ini yang paling ramai tak nak buat. Bela kucing nak tapi pemalas nak jaga kebersihan kucing anda. Bila dah kencing berdarah pura-pura pelik dan mula nak garu kepala. Logik akal fikiran la semua orang bukan budak lagi, dah besar semuanya, pasir kucing tempat najis, kalau tak dicuci dengan kerap, semestinyalah akan mendatangkan kuman dan mula berjangkit ke alat sulitnya. Benda simple pun susah ke nak faham? (marah ni)Ok jika dah terlajak buat, cuba periksa semula alat sulitnya. Jika alat sulitnya sentiasa basah maksudnya dia tak henti meleleh je, bawa ke vet dengan segera jika keadaan kucing anda tidak berubah.
Tapi jika kritikal seperti jika anda sudah mula perasan ada darah pada urin kucing anda jangan tunggu lagi. Kesian kucing terseksa.

SEKIAN

Comments

Popular Posts